Pimpin Siswa Universiti Sains Malaysia
bermula Jumaat, 7 September 2012.
Hari ini para mahasiswa baru Universiti
Sains Malaysia memulakan Pimpin Siswa, sebuah program yang diwajibkan kepada
semua pelajar baru, dianjurkan oleh Sektor Sahsiah dan Pembangunan Pelajar USM
dan berlangsung selama lebih kurang sebulan. Pada tahun ini, Pimpin Siswa
dijalankan lebih awal, pada tahun-tahun sebelum ini, Pimpin Siswa tidak pernah
dijalankan ketika minggu pertama.
Pada pandangan umum, Pimpin Siswa kali ini
dilihat agak tergesa-gesa kerana Minggu Siswa Lestari baru sahaja berakhir.
Namun, mungkin ada sebab yang munasabah mengapa Pimpin Siswa ini dipercepatkan.
Seorang pelajar tahun satu dari Pusat
Pengajian Sains Kimia mengulas bahawa sewajarnya pihak pentadbiran universiti
memberi rehat kepada mereka untuk seketika sebelum memulakan program seterusnya.
Hal ini kerana Minggu Siswa Lestari hakikatnya meletihkan. Walaubagaimanapun,
beliau turut menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan dari pusat-pusat
pengajian lain tidak sabar untuk mengikuti program Pimpin Siswa tersebut.
Turut timbul spekulasi di pihak para
pelajar lama yang beranggapan bahawa Pimpin Siswa diadakan lebih awal bagi
membolehkan calon-calon Pilihanraya Kampus memulakan kempen di kem-kem Pimpin
Siswa. Mereka berpendapat, dengan adanya Pimpin Siswa yang lebih awal, para
calon yang mencadi jurulatih Pimpin Siswa dapat meraih undi sekurang-kurangnya
daripada mahasiswa tahun pertama. Lebih-lagi apabila kesemua 3 siri Pimpin Siswa tamat sebelum pilihanraya kampus walhal pada tahun-tahun sebelum ini menjalankan 4 siri.
Spekulasi-spekulasi ini kemudiannya
dinafikan secara tegas oleh seorang anggota Majlis Penghuni Desasiswa Fajar
Harapan yang juga terlibat dalam program Pimpin Siswa. Beliau berkata bahawa
Pimpin Siswa ini secara jelasnya adalah untuk membentuk jati diri
mahasiswa-mahasiswa baru USM. Modul-modul yang disediakan telah dikaji sebelum
dilaksanakan dan para jurulatih Pimpin Siswa semuanya bukancalang-calang orang.
Mereka telah diberikan latihan yang mantap dan bersedia untuk memimpin para
pelajar baru. Mustahil ada pihak menjadikan Pimpin Siswa ini sebagai medan
mencapai agenda lain.
“Lebih telus, lebih wibawa”.
No comments:
Post a Comment