Ratusan
pelajar baru USM terpaksa menunggu minggu seterusnya untuk membuat rayuan
pendaftaran subjek ko-kurikulum(Ko-K).
Pada 4
September yang lalu, para pelajar baru USM telah diperuntukkan satu slot untuk
mendaftar Ko-K . Walaubagaimanapun, pendaftaran telah dibuka sejak malam
sebelumnya iaitu pada 3 September.
Para
pelajar yang tidak sempat mendaftar pada malam tersebut telah menyerahkan
borang pendaftaran Ko-K kepada anggota PPSL, dengan harapan agar anggota PPSL
dapat membantu menyerahkan borang-borang tersebut pada keesokan harinya dengan
lebih cepat. Hal ini kerana sesetengah Ko-K telah menetapkan kuota maksimum
ahli.
Disebabkan
oleh maklumat yang tidak cukup mengenai pendaftaran Ko-K di pihak PPSL, hanya
sebahagian borang berjaya diserahkan kepada pihak-pihak rancangan Ko-K,
manakala ratusan lain dikira gagal mendaftar ko-K. Hal ini kerana terdapat
anggota PPSL yang memegang borang sehingga tamat waktu pendaftaran, beranggapan
bahawa Ko-K boleh didaftarkan pada bila-bila masa.
Yang
Dipertua Rancangan Khidmat Masyarakat(RKM), Saudara Azmir Osman, ketika
dihubungi, menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang akan menyusahkan para
pelajar baru, kerana mereka perlu melakukan rayuan semula pada minggu semester
bermula. Pendaftaran RKM misalnya, hanya membenarkan pendaftaran ahli dengan
jumlah maksimum 300 orang. Hal ini menyebabkan mereka yang terlambat mendaftar,
terpaksa ditolak dan mereka perlu membuat rayuan semula pada minggu-minggu
seterusnya, dengan harapan terdapat anggota RKM yang menggugurkan kursus
tersebut.
Beliau
turut berharap perkara ini tidak lagi akan berlaku di masa akan datang dan
solusi perkara sebegini perlulah dicari sama ada PPSL diberikan penerangan
terlebih dahulu mengenai pendaftartan Ko-K, ataupun PPSL tidak terlibat
langsung. Beliau tidak menyalahkan PPSL kerana perkara yang berlaku ini adalah
sesuatu yang diluar jangkaan. Beliau menambah, senarai ahli RKM akan
dikeluarkan minggu hadapan dan akan ditampal di papan kenyataan Pusat Ko-K.
No comments:
Post a Comment