Beratus-ratus
pelajar USM terpaksa membuat rayuan semula untuk mendapatkan desasiswa.
Para
pelajar yang gagal mendapat desa telah melakukan rayuan di Unit Perumahan dan
Penginapan Universiti(UPPU) hari ini. Sejumlah borang telah diterima dan akan
diproses. Walaubagaimanapun, rayuan ini masih tidak menjamin sama ada perayu
tersebut akan mendapat desasiswa.
Ketika
ditanya, salah seorang pegawai UPPU telah menyatakan bahawa kebanyakan bilik
sudah penuh disebabkan kemasukan kali ini yang ramai. Turut mengisi bilik-bilik
di desasiswa adalah para pelajar pasca sarjana (Master dan PhD) yang turut memohon
untuk menginap. Perkara ini menyebabkan USM kesuntukan bilik dan ramai pelajar
terpaksa mencari rumah sendiri di luar kampus USM. Pegawai tersebut juga
menyatakan bahawa kebarangkalian untuk para perayu mendapat bilik adalah agak
rendah memandangkan jumlah bilik yang masih beum terisi amat sedikit dan jumlah
yang memohon terlalu ramai.
Seorang
pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Masyarakat mengulas bahawa perkara ini
perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbiran USM pada masa akan datang. Hal
ini bukanlah sesuatu hal yang remeh kerana urusan mencari rumah di luar kampus
akan menjejaskan mahasiswa terutamanya dari segi kewangan. Jumlah pelajar di USM juga perlulah dikaji semula
bagi mengelak terulangnya perkara ini. Tambah beliau, pentadbiran USM perlu
mengkaji semula mengenai cara pemilihan penghuni bagi desasiswa-desasiswa
kerana banyak mahasiswa yang tidak mendapat desa walaupun mereka sebenarnya layak.
“Lebih
Telus, Lebih wibawa”.
No comments:
Post a Comment